Thursday, May 8, 2008

MANDI SEROM

Menjadi kepercayaan masyarakat melayu lama, amalan mandi serom dikatakan dapat mengembalikan tenaga yang hilang akibat proses kelahiran. Ini kerana air untuk mandi serom terdiri daripada air rebusan campuran herba dan rempah ratus.

Amalan mandi serom, biasanya pada pagi hari, ibu akan mandi dengan air rebusan tersebut sekurang-kurangnya 7 hari berturut-turut.
Herba dan rempah ratus untuk air mandi serom ialah
1- Daun Mengkudu.
2- Daun Serai Wangi.
3- Daun Pandan.
4- Daun Ganda Rusa.
5- Daun Senduduk
6- Biji Halba, Kayu Manis, Cengkih

Cara Penyediaannya:
1. Sediakan seperiuk air, untuk dijadikan air mandian.
2. Rebus air bersama-sama dengan daun serom.
3. Selepas mendidih, campurkan air supaya menjadi suam untuk air mandian ibu.


* Gambar akan dimasukkan kemudian.

No comments: