Tuesday, May 6, 2008

INFO 1

Petikan PaMa Keluaran May 2008

Selepas melahirkan, anda pasti berasa letih kerana seluruh tenaga digunakan sewaktu proses bersalin. Oleh kerana itulah, anda digalakkan mandi untuk menyegarkan badan. Mandi bukan sekadar membersihkan tubuh tetapi merupakan terapi untuk menenagkan fikiran.
Dalam pada itu, bagi yang beragama Islam, anda wajib mandi wiladah khusus selepas bersalin. Caranya sama seperti mandi hadas besar cuma niatnya sahaja berbeza. Untuk itu, mandilah menggunakan air suam. Bagi yang berkemampuan, sediakan pemanas air elektrik di dalam bilik air.

Untuk hari yang berikutnya anda boleh mandi dengan menggunakan serbuk rempah yang sudah siap dibungkus atau gunakan serai, daun limau purut dan daun inai dengan cara merebusnya untuk memberi aroma terapi kepada minda.

Cara mandi perlu betul kerana ia dikatakan mampu meningkatkan kesegaran badan. Mulai mandian dengan menjirus kedua belah kaki, kemudian badan, seterusnya kepala. Rambut yang basah perlu segera dikeringkan. Anda boleh menggunakan pengering rambut seterusnya ikat rambut dengan kemas.

Untuk bahagian sulit, lap bahagian berkenaan dengan ubat cecair antibiotik. Pada ketika ini, darah nifas akan keluar seperti anda datang haid. Pilih tuala wanita yang selesa uat anda. Sebaik-baiknya pakai tuala wanita khusus untuk ibu lepas bersalin pada awal tempoh berpantantang kerana lapisannya yang lembut, baik untuk luka yang belum sembuh sepenuhnya. Sentiasa tukar tuala wanita untuk menjaga kebersihan.

No comments: